BismillahirahmaniRaheem.
"cik, brapo so ni cik eh? soya stengoh dop?"-kekaratan org pantai timur-
Somewhere around Kota Bharu.Lot kedai no berapa x diketahui. Naik ana² tangga dan jumpalah akan dia satu Cc. Tidaklah sepower cc yg berada di Taman U tp padanlah dgn Kota Bharunya sendiri.
Berjalan sepagian di bandar Kota Bharu, bagaikan pertama kali disini.naik teksi mcm naik oven yg bergerak,bahang panas di sebelah nyonya.
Alhamdulillah, selamat sampai ke pondok pasir tumboh di awal pagi sabtu. Dan terus memulakan pengajian. Dengan sakit perut selama beberapa hari ini, ku menulis ditambah pula dgn sakit2 badan dek aktiviti dan pengajian yang bermula seawal 5.30am hingga kuliah terakhir yg habis pada 1.30am dgn masa rehatnya hanyalah makan dan solat selain itu hanyalah bersilakan lantai dihadapan tok-guru ustaz menadah-nadah ilmu dicurah yg kadang2 x sesempat ditambat oleh otak yg merangkak-rangkak menggapai butir-butir kata dalam olahan bahasa melayu klasik,lebih klasik akan P.Ramlee dan nujum Pak Belalangnya, bahasa melayu nusantara, dan juga dek ketiduran. Mmg habis mujahadah. Seluruh kaki rasa tercabut, urat-urat tulang blakang yg sudah berserabut tp one thing for sure 'I am glad that I finally arrived here' kepuasan disebalik kesakitan dan kesusahan, atap2 pondok uzur yg pabila hujan maka banjir lah akan pondok itu dan tidur diantara basahan hujan.Byk ujian mental dan physical. Tp x mengapa.
Pagi-pagi, kadang teringat keenakan tilam empuk dirumah, makanan yg sedia terhidang dan paling penting internet di sisi. Langkah kaki ke telaga utk mandi membuat kan diri 'contemplate' balik hot shower dirumah.Gerakan longlai ke tandas jauh yg berairkan air tanah membutuhkan diri dgn air suci jernih di tandas rumah.
Di tgh kepanasan tgh hari, dikala sesi menadah pelajaran tauhid, pabila mata layu, kaki berbengkak dan bisik-bisik syaitan meniup bisikkan dakyahnya, difikirkan indahnya jika dibaringkan tubuh disitu dgn sekotak 1.5l air sejuk soya bean....
Tp,inilah jalan yang telah kupilih. Inilah yang akan ditempuhi.Tinggalkan nikmat² yg di "taken for granted" itu sementara.Biar tahu nilai kenikmatannya dan sebaiknya diri ini patut di beri pengajaran. dan tarbiyahan.Khalas.Finito.
Mu'az R
Kota Bharu
11km away from P.tumboh.
x pergi kelas tauhid, ambil angin.
sakit perut dan...mcm2.
Mengeluarkan prosa kata yg terperap di komputer no 16 ini.
salam
hey i think u should change status dlm 'education' kat tepi tuh. ure already there. pondok pasir tumboh. no more maybes. heh.
sile la cedok sebanyak mungkin ilmu n pengalaman dari sana ye.
semoga dirahmati n diredhaiNya..
-syaimaa'-
*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...
May 19, 2009 at 6:20 AM
berbahagialah bagi orang2 yang menuntut ilmu dgn kepayahan akal mencerna dan kesengalan otot2 bersila. moga sikit rasa sakit ni, dapat membayar mahalnya ilmu agama milik DIA..dan dikira Allah sebagai amal2yang menambah saham ke syurga
utrujah said...
May 19, 2009 at 6:58 AM
Salam budak pasir tumboh, jgn lupa ziarah nenek ana kt sana ek.....
marwan_amz said...
May 20, 2009 at 6:53 AM
haih..tym blaja tauhid men msg2 ngan org ek..=P
Beejan said...
May 20, 2009 at 8:36 AM
saya kagum dengan anda...anda idol saya
siceria said...
May 20, 2009 at 4:15 PM
althaarique said...
May 20, 2009 at 11:23 PM
althaarique said...
May 20, 2009 at 11:25 PM
Salam All,
Syaimaa' and utrujah,
Syukran katsir2 jiddan,
Mmg diperlukan kata2 semangat waktu skrg!,
Byk Allah nk tunjuk hari ni, melalui org dan kata2. subhanallah.
Inshallah akan memanfaatkan sebanyak mungkin dgn kelemahan diri ni.
Marwan,
Nenek anta shja? sdara mara terdekat ada? haha
Beejan,
Aku msg pon sbb terlalu ngantuk. Nk segarkan diri. Tp x eloklah msg dpan tok-guru. Jgn diikut.
hehehe
Sinceria,
salam, whoever u are,Thanks alot. Im glad I can inspire someone.But then, layak ke? u decide. Im just struggling on my way of life.
althaarique said...
May 20, 2009 at 11:27 PM